Saturday, June 4, 2011

I'm busy...

Assalammualaikum... kesibukan membuatkan akui tidak sempat menjengah blog kesayangan aku ni. rindu yang teramat utk menulis. Semoga selepas ini aku sentiasa dpt update. banyak juga kisah yang aku ingin ceritakan. mengenai kawan(tidak pasti blh dianggap kawan ke tidak) yg sentiasa acting di dpn aku. Bos aku yg sgt baik dan memberi tunjuk ajar kpd aku walaupun berlainan bangsa. Aku amat salute terhadap dia. Dia adalah sumber inspirasi aku dalam kareer. Insyaallah akan satu persatu update dlm blog..

My new job

Alhamdulillah..bermula 1 Mei 2011 yang lalu bermula episod baru dalam kareer aku. setelah 7 bulan bertugas sebagai operator telefon sekarang status aku bertukar sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Satu tugas yang amat mencabar dan akan lebih tercabar apabila berhadapan dengan bermacam karenah pesakit. Namun aku akan ambil itu sebagai satu cabaran. Dalam hidup ni kita tidak boleh sentiasa play safe..must play hard too. Hope everything is ok for me... Insyaallah.

Friday, February 25, 2011

Tuesday, February 22, 2011

Masih terus mencari dan belajar.

Assalamualaikum semua..

Hari ini masa saya dipenuhi untuk mempelajari selok belok dunia penulisan. Ilmu di dada ini masih lagi bolong dan masih cetek. Masih banyak lagi ilmu penulisan ini yang perlu saya terokai. Dan langkah pertama saya ialah dengan menggoogle segala website yang memperlihatkan ilmu penulisan. Akhirnya saya temui laman web yang sangat berguna kepada saya dan juga kepada anda yang baru hendak memulakan penulisan anda. Ini antara laman webnya :

Zakaria-sungib.blogspot.com

azmahnordin.blogspot.com

Bukalah laman web ini. Semoga saya dan anda mampu untuk mencipta karya yang bermutu dan diingati.

Thursday, September 3, 2009

Sedarkah Anda

1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine
adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat
air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut
menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya
dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita
hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya
sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut
memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan
tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara
utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki
kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan
ke selipar kanan.. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri.
(Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar
adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan
kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan
kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg
bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci.. Kita
perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah
Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz
Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita
perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota
badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan
menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk
mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di
luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan
minumaan menjadi acidic)
7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz', Akum, Askum dsb dalam chat
adalah umpama
menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti
menghina Islam.